fbpx

Lelaki tunjuk ‘anu’ sambil tunggang motosikal ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki yang tular dalam media sosial menunjukkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam, Kluang pada Khamis minggu lalu berjaya ditahan polis kelmarin.

KLUANG – Seorang lelaki yang menunjukkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam di sini Khamis minggu lalu berjaya ditahan polis, tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang menahan suspek yang berusia 54 tahun di Ayer Hitam, Batu Pahat pada pukul 1.30 tengah hari.

“Siasatan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah narkotik dan saringan ujian air kencing mendapati negatif.

“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini tular video berdurasi 42 saat dalam media sosial berhubung insiden itu.

Menurut Bahrin lagi, suspek direman empat hari bermula semalam sehingga Ahad ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi 07-7784222 atau direct line 07-7784256, Hotline 07-7766822 dan tablet DCCC 014-3656822.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI