fbpx

Hujan berterusan di Kota Bharu, Kuantan sehingga Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada melibatkan beberapa kawasan di Pantai Timur.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, cuaca buruk itu dijangka berlarutan sehingga 3 Disember atau Ahad ini.

“Ia dijangka berlaku di Kelantan membabitkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta keseluruhan kawasan di Terengganu.

“Bagi Pahang, amaran sama turut dikeluarkan meliputi kawasan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin,” katanya hari ini.

Tambah MetMalaysia, amaran hujan berterusan peringkat waspada dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI