fbpx

Dijaga sejak usia 10 hari, lelaki cederakan ibu angkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SEREMBAN – Seorang lelaki tergamak mencederakan ibu angkatnya sendiri yang membelanya sejak berusia 10 hari hanya kerana urusan hak milik rumah pada 11 November lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 67 tahun Selasa lalu selepas menerima rawatan dua minggu di hospital.

Beliau berkata, lelaki berusia 25 tahun itu adalah anak angkat wanita berkenaan yang dibelanya sejak berumur 10 hari.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari di rumah pengadu di Taman Seremban Jaya Idaman.

“Perselisihan faham dikatakan berlaku apabila suspek mendesak hak milik rumah pengadu dipindahkan kepada anak suspek. Suspek didakwa tiba-tiba membaling sesuatu ke arah pengadu sehingga menyebabkan mata kirinya cedera,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kini direman selama empat hari sehingga esok selepas ditahan di Taman BBS, Gombak, Selangor, pukul 1.50 tengah hari Rabu lalu.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod membabitkan dua kes dadah dan satu jenayah,” ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI