fbpx

Belanjawan Perak 2024: Elaun ketua kampung RM300 tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sidang akhbar Saarani selepas Belanjawan Perak 2024 sesi pembentangan di Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan Negeri Perak mengumumkan kenaikan elaun ketua kampung kepada RM300 sebulan bermula tahun 2024 berbanding RM200 pada 2023.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kenaikan itu melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM1.9 juta kepada kerajaan negeri.

“RM3.7 juta disediakan bagi tujuan pembayaran elaun Pengerusi Kampung Tradisional, Kampung Baru Cina dan Kampung India.

“Mulai tahun 2024, kerajaan negeri berbesar hati menambahkan elaun ketua kampung yang ditanggung oleh kerajaan negeri daripada RM200 seorang kepada RM300 seorang pada setiap bulan.

“Diharapkan setiap Pengerusi dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan lebih berkesan,” katanya semasa membentangkan Belanjawan 2024 dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini.

Beliau berkata, ke arah memperkasa pembangunan dan kualiti hidup rakyat khususnya di luar bandar, kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM19.3 juta yang akan disalurkan bagi menampung perbelanjaan.

Jelasnya antara tujuan peruntukan itu adalah bagi Pembangunan Jalan Asas Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) sebanyak RM5 juta dan program serta aktiviti melibatkan 828 Kampung Tradisional yang disalurkan melalui Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebanyak RM4.1 juta.

Selain itu tambahnya ialah RM1 juta bagi Aktiviti Pembangunan Komuniti Orang Asli dan RM1 juta untuk pembangunan desa ke arah pemerkasaan institusi pentadbiran kampung melalui pemantapan kapasiti JPKK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI