fbpx

Belanjawan Perak 2024 catat peruntukan terbesar RM1.35 bilion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani menjawab soalan lisan pada Mesyuarat Kelima, Tahun Pertama, Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-15 Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Perak 2024 bertemakan ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ berjumlah RM1.35 bilion.

Ia merangkumi RM491 juta atau 36.5 peratus peruntukan bagi perbelanjaan pembangunan dan RM856 juta atau 63.5 peratus untuk perbelanjaan mengurus.

Belanjawan berkenaan mencatatkan peruntukan tertinggi dalam sejarah negeri berbanding Belanjawan 2023 berjumlah RM1.19 bilion dan Belanjawan 2022 sebanyak RM1.1 bilion.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, belanja bagi maksud pembangunan pada tahun 2024 ditambah sebanyak RM96.0 juta berbanding Belanjawan 2023.

Katanya, peningkatan itu bagi memenuhi keperluan pembangunan dan kebajikan demi manfaat rakyat disokong pula oleh kedudukan kewangan kerajaan negeri yang semakin mengukuh.

“Jumlah belanja bagi maksud pembangunan sebanyak RM491.0 juta ini merupakan jumlah tertinggi yang pernah diperuntukan kerajaan negeri,” katanya ketika berucap dalam Pembentangan Belanjawan 2024 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di sini hari ini.

Menurut Saarani, belanja bagi maksud mengurus berjumlah RM856.0 juta merangkumi emolumen sebanyak RM404.3 juta, perkhidmatan dan bekalan (RM316.7 juta), pembelian aset (RM15.3 juta), pemberian dan kenaan bayaran tetap (RM113.8 juta) dan lain-lain perbelanjaan (RM5.9 juta). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI