fbpx

Siti Nordiana dakwa ada artis jauhkan diri selepas live 5 sekawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nordiana ketika hadir di Mahkamah Tinggi hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Nordiana Alias memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini ada artis menjauhkan diri darinya selepas kejadian Live Instagram lima sekawan pada Julai 2021.

Bagaimanapun ketika ditanya, peguam Azlan Abdul Razak yang mewakili tiga defendan siapakah artis tersebut, dia tidak boleh mendedahkan nama mana-mana artis.

Dalam prosiding sambung bicara hari ini, Siti Nordiana, 39, atau lebih dikenali sebagai Nana turut enggan mendedahkannya walaupun hanya satu nama artis.

Semasa prosiding hari ini, Siti Nordiana masih memberi keterangan dan menjawab soalan secara bertaip dalam prosiding hari ini disebabkan masih ‘hilang suara’.

Azlan: Nana semalam kamu ada cakap reputasi rosak..kamu ada pergi live show (persembahan secara siaran langsung) dikecam oleh peminat dan ada artis jauhkan diri…siapa artis jauhkan diri?
Siti Nordiana: Saya tidak boleh dedahkan nama.

Azlan: Altleast (sekurang-kurangnya) namakan tiga artis jauhkan diri.
Siti Nordiana: Saya tidak ingat.

Azlan: Even (walaupun) tiga pun tidak namakan?
Siti Nordiana: Saksi mengangguk. (Ya).

Azlan: Jadi sebenarnya saya cadangkan tiada artis pun jauhkan diri dari kamu.
Siti Nordiana: Tidak setuju.

Siti Nordiana menjawab pemeriksaan balas tersebut dalam perbicaraan kes saman yang dikemukakannnya terhadap kelima-lima individu atas dakwaan memfitnah.

Lima defendan itu ialah penyanyi Lan Solo atau nama sebenarnya Mohd. Razlan Mohamed Yusof, 38, dan isterinya, Nur Sheila Hassim, 38, serta penyanyi Syura atau Zuraidah Badron, 37.

Dua lagi ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45, serta jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad Senusi, 43.

Semalam Siti Nordiana memberitahu mahkamah, beliau dipandang hina masyarakat yang percaya fitnah selain dikecam peminat dan rakan-rakan artis termasuk menjauh diri darinya.

Siti Nordiana juga memberitahu live Instagram itu telah memberi kesan terhadap reputasi dan kerjayanya.

Menerusi jawapannya kepada soalan Azlan, Siti Nordiana tetap dengan tegas mengatakan bahawa live Instagram oleh lima sekawan itu ditujukan kepadanya walaupun namanya tidak disebut sebagai individu dimaksudkan.

Prosiding di hadapan Hakim Dr. John Lee Kien How @ Mohd. Johan itu bersambung lagi 5 Disember ini. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI