fbpx

Singapura bandar termahal, Kuala Lumpur tempat ke-180

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANORAMA Singapura dirakam pada 29 September lalu. – AFP

PARIS  –  Zurich dan Singapura muncul bandar paling mahal di dunia dengan mendahului New York ketika kos sara hidup semakin meningkat, demikian menurut senarai terbitan The Economist hari ini.

Akhbar mingguan Britain itu menganggarkan bahawa harga barangan dan perkhidmatan secara purata meningkat sebanyak 7.4 peratus sejak setahun lalu di 173 bandar utama dunia, kurang sedikit berbanding rekod inflasi, 8.1 peratus pada 2022.

“Krisis kos sara hidup masih jauh daripada  berakhir dan paras harga kekal lebih tinggi daripada trend dalam sejarah” kata ketua kajian tersebut Upasana Dutt. Kajian itu dibuat berdasarkan harga 200 produk dan perkhidmatan.

“Kami menjangkakan inflasi akan terus menurun pada 2024,” tambahnya, berikutan impak  kenaikan kadar faedah oleh bank pusat untuk memerangi kenaikan harga.

Sementara itu, Zurich menumbangkan New York yang mendahului ranking bandar paling mahal di dunia pada  tahun lalu bersama Singapura.

Empat daripada 10 bandar paling mahal berada di Benua Eropah. Kedudukan tersebut berikutan kadar inflasi tinggi berterusan yang menyebabkan harga makanan dan pakaian meningkat,  di samping kenaikan nilai mata wang euro berbanding dolar.

Selain Zurich, Geneva terikat di tempat ketiga bersama New York, diikuti Hong Kong dan Los Angeles.

Paris menduduki tempat ketujuh, manakala Copenhagen dan Tel Aviv  yang mendahului ranking pada 2021,  kini  terikat di tempat kelapan.

San Francisco pula melengkapkan senarai 10 bandar termahal di dunia.

Penurunan terbesar dalam kedudukan tersebut berlaku pada bandar Russia Moscow, disenaraikan di tempat ke-142, dan Saint Petersburg di tempat ke-147, mencerminkan kejatuhan mata wang ruble akibat sekatan Barat.

Bandar termurah di dunia ialah Damsyik, mengikut ranking, diikuti oleh Tehran,

Dalam pada itu, Kuala Lumpur turun satu anak tangga pada tahun ini untuk menduduki tempat ke-180 daripada 227 bandar dalam senarai tersebut. – AFP 

 

        

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI