fbpx

Ribut petir, hujan lebat di Pantai Timur, pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan laporan amaran ribut petir, hujan dan angin kencang di sekitar kawasan pantai timur, pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan berkata, hujan ini masih boleh berlaku dalam tempoh dua ke tiga jam lagi.

“Di Kelantan, kawasan yang terlibat dengan hujan berterusan ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh.

“Manakala, Terengganu pula melibatkan kawasan Besut dan Setiu. Bagi Pahang pula, ia melibatkan sedikit kawasan perairan iaitu kawasan Pekan dan Rompin.

Tambahnya, cuaca cerah dilaporkan di kedua buah negeri di Malaysia Timur dan kawasan hujan hanya dicerap melibatkan kawasan Kuching, Sarawak.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI