fbpx

Ribut petir di tiga negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Johor dan dua buah negeri di Malaysia Timur.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di laman rasmi Facebook MetMalaysia, antara kawasan yang terlibat di Johor ialah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Selain itu, di Sabah, kawasan yang terlibat ialah Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat.

“Bagi Sarawak pula, kawasan Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sibu (Selangau), Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) juga diramalkan cuaca buruk,” katanya.

Tambahnya, cuaca buruk itu dijangka akan berlarutan sehingga 4 petang nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI