fbpx
SI jelitawan, Rachel Zegler dibenci sebilangan rakyat Amerika yang rasis tidak bertempat hanya disebabkan melakonkan watak dongeng Snow White yang dikatakan tidak cocok dengan warna kulitnya.

Rachel Zegler mangsa rasisme orang AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

“SAYA tak akan menonton filem lakonannya walaupun secara percuma.”

Demikian antara berjuta peluru kata nista yang dilemparkan khalayak terhadap pemilik nama lengkap, Rachel Anne Zegler itu.

Bintang itu berdarah imigran di bumi Amerika Syarikat (AS) dan buat kebanyakan khalayak yang berona kulit ‘Taylor Swift’, itu satu masalah besar.

Ironi, ketika sekelompok orang cuba menjatuhkan kerjaya lakonan dan nyanyiannya, hanya satu arah yang menjadi dambaan bintang berusia 22 itu.

Motif hidupnya, hanya mahu mendaki puncak karier seni.

Kemilau seninya terus menyala terang selepas membintangi filem West Side Story yang diluncurkan sekitar 2021.

Kejayaan pecah panggung filem terbaharu, The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes, pula semakin memarakkan kebencian orang berkulit putih di negara Uncle Sam terhadap pencapaian anak muda itu.

LAHIR dalam keluarga asal imigran di AS, kejayaan Rachel meraih kepercayaan melakonkan watak Snow White mencetuskan kebencian segelintir khalayak AS yang rasis.

Rasis

Penulis pernah ‘berkampung’ selama dua minggu di Los Angeles, California untuk sebuah acara berprestij dunia dan AS sebenarnya bukan semuanya indah.

Ada satu penyakit di sana yang akan meleret sampai bila-bila iaitu rasisme.

Barangkali orang di sana berangan bahawa semua penduduk AS haruslah berkulit putih. Mereka sahaja yang betul sedangkan realiti adalah sebaliknya.

Berbalik kepada fokal tulisan, pemain watak Lucy Gray dalam prekuel Hunger Games itu sudah cukup molek, bukan sahaja paras rupa dan momentum karier, namun ada sahaja yang tidak berpuas hati dengan apa dikerjakannya.

Api kebencian peminat dibahangkan lagi dengan kejayaannya mengunci watak utama dalam filem Snow White yang akan ditayangkan pada 2025.

“Rachel bukan Snow White, dia ‘Snow Brown’. Baik panggil Terry Crews sahaja berlakon watak Snow White,” demikian antara amarah dilontarkan peminat.

Rachel tidak melakukan apa-apa selain mengejar cita-cita sebagai seorang anak wayang.

Dia sendiri terkejut dipilih melakonkan watak Snow White oleh gergasi penerbitan filem terkemuka global, Disney.

“Saya sendiri menangis sampai mata saya hampir terkeluar melihat nama saya tertera sebagai Snow White.

Sejak kecil Rachel Zegler merupakan peminat francais hebat, Hunger Games.

Snow ‘Brown’

“Saya sangat menghargai sokongan yang ditunjukkan orang ramai yang mempertahankan diri ini di gelanggang media sosial. Tapi, tolong jangan ‘tag’ saya dalam perbincangan atau pergaduhan yang mengarut.

“Saya percaya sesiapa yang pernah bergelar kanak-kanak memiliki hak untuk menjadi puteri dongeng,” katanya menerusi muat naik status dalam aplikasi X.

Rachel diherdik peminat tegar Snow White yang menyifatkan buah fikirannya terlalu moden untuk kisah klasik yang menjadi kesayangan golongan kanak-kanak seluruh dunia.

Dalam satu wawancara, dia mengatakan bahawa, Snow White tidak sepatutnya ‘terpenjara’ dalam naratif lama atau lapuk yang menyaksikan mendiang bapanya membuatkan dirinya terperuk.

“Dia tidak akan diselamatkan oleh putera raja. Dia takkan bermimpi tentang cinta sejati. Sebaliknya, Snow White akan bermimpi untuk memimpin kehidupannya,” katanya seperti dipetik Variety.

Barangkali hanya disebabkan kenyataan tersebut yang dibutirkan dalam bentuk perkataan ketika berusia 21 tahun, dia dihukum selama-lamanya.

Orang lupa yang mereka juga berkata hal-hal picisan ketika muda.

ADA yang Rachel tidak akan berjaya membawakan watak Lucy Gray kerana hanya akan dibayangi kehebatan Katniss Everdeen dalam filem-filem terdahulu.

Kemenjadian Lucy Gray

Bagaimanapun, apa yang pasti Rachel melunaskan peranan yang cemerlang sebagai pemenang Hunger Games ke-10, Lucy Gray dalam prekuel francais tersebut.

The Hunger Games: The Ballad of Songbirds & Snakes merupakan filem terlaris dunia untuk dua minggu berturut-turut. Biarpun ramai yang prejudis pada awalnya, Rachel membuktikan yang sebaliknya.

Ada yang menghasut antara satu sama lain supaya tidak berkunjung ke pawagam hanya kerana Rachel berlakon dalam filem tersebut.

Ada juga berpendapat, Rachel tidak akan berjaya membawakan watak Lucy Gray kerana hanya akan dibayangi kehebatan Katniss Everdeen dalam filem-filem terdahulu.

Tidakkah mereka tahu bahawa kalau ikut latar masa atau ‘timeline’ Hunger Games, Lucy Gray wujud terlebih dahulu sebelum Katniss yang merupakan pemenang kejohanan fiksyen tersebut pada edisi ke-74.

“Saya memang peminat tegar Hunger Games: Catching Fire merupakan antara filem kegemaran saya sepanjang masa.

“Kalau ada yang membanding-bandingkan Lucy dan Kaniss. Jawapan saya mudah, Lucy seorang penghibur yang dipaksa berlawan sementelah Katniss, seorang pejuang yang dipaksa menghibur,” katanya dalam satu temu bual di Hollywood.

Dia sendiri terkejut dipilih melakonkan watak Snow White oleh gergasi penerbitan filem terkemuka global, Disney.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN