fbpx

Pulau Pinang miliki sumber nadir bumi bernilai RM100 billion

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan Pulau Pinang juga mempunyai sumber nadir bumi yang dianggarkan bernilai RM100 billion.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota itu, ia berdasarkan kajian persampelan di beberapa lokasi oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG).

”Bagi Pulau Pinang kajian persampelan di beberapa lokasi seperti Teluk Bahang, Balik Pulau dan di sekitar Nibong Tebal oleh JMG mendapati Pulau Pinang juga mempunyai sumber nasir bumi yang dianggarkan bernilai RM100 bilion.

”Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri sedang mengatur perbincangan dengan JMG untuk mendapatkan khidmat nasihat,” katanya dalam sesi penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, pada masa ini, Pulau Pinang telah mempunyai Enakmen Mineral (Pulau Pinang) 2001 yang telah dikuatkuasakan pada 1 Januari 2006. -KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI