fbpx

Perancis larang kakitangan kerajaan guna WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERANCIS melarang kakitangan kerajaannya daripada menggunakan WhatsApp mulai 8 Disember ini. - Foto AFP

PARIS  – Kakitangan kerajaan Perancis secara rasmi dilarang menggunakan WhatsApp, Telegram, Signal dan aplikasi mesej lain untuk tujuan komunikasi dalaman berkuat kuasa 8 Disember ini, lapor portal berita RT semalam.

Menurut notis mengenainya daripada Perdana Menteri, Elisabeth Borne yang didedahkan badan penyiaran Perancis, BFMTV,  larangan itu adalah kerana kelemahan keselamatan pada semua aplikasi tersebut.

Anggota Kabinet sebaliknya digalak menggunakan aplikasi mesej  tempatan, Olvid. Aplikasi Perancis itu tidak memerlukan kad SIM atau nombor telefon daripada penggunanya.

Olvid juga  dikatakan lebih privasi  dan selamat berbanding pesaingnya. Ia adalah satu-satunya platform pemesejan yang menerima sijil keselamatan Agensi Kebangsaan Perancis untuk Keselamatan Sistem Maklumat (ANSSI).

Satu lagi aplikasi pemesejan Perancis, Tchap juga dibenarkan digunakan oleh kakitangan kerajaan negara itu.

Peraturan itu menyerupai polisi tentera Switzerland yang mengarahkan askar-askarnya berhenti menggunakan tiga aplikasi pemesejan popular tersebut pada tahun lalu.

Ia sebaliknya mengarahkan anggota-anggota tentera menggunakan Threema iaitu  perkhidmatan pemesejan yang dibangunkan di Switzerland untuk perbualan rasmi dan peribadi.

Pada Mac lalu, Menteri Perkhidmatan Awam, Stanislas Guerini mengumumkan bahawa TikTok dan aplikasi  serupa dengannya seperti X  serta Instagram dilarang dalam telefon kerajaan kerana risiko keselamatan. – AGENSI

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI