fbpx

‘Untung tak banyak, tapi saya seronok’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NGEE LAN tetap ceria menjalankan perniagaan di kedai berusia lebih seabad di Pekan Air Kuning, Tampin walaupun lokasi perniagaan itu kini digelar sebagai ‘pekan mati’.

TAMPIN – Pekan Air Kuning Selatan di sini yang menempatkan banyak premis berusia lebih sedekad mungkin agak sunyi, namun seorang wanita tetap meneruskan perniagaan yang diwarisi daripada bapanya, Tan Siew Bong, 84.

Tan Ngee Lan, 53, berkata, pekan itu juga boleh dikatakan sebagai ‘pekan mati’ apabila kebanyakan premis di kawasan itu sudah tidak beroperasi selain terlindung dari jalan utama ekoran pembinaan landasan kereta api berkembar lebih 10 tahun lalu.

“Ikutkan, datuk saya Tan Check Meng merupakan antara orang Cina terawal datang ke sini (Air Kuning Selatan) sekitar tahun 40-an untuk cari kerja. Sebaik datang, dia terus beli kedai ini yang sebelum itu merupakan rumah keturunan Chetti.

“Sejak itu kami berniaga barangan runcit. Pelanggan kami juga terdiri daripada pelbagai bangsa dan kekal hingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di Pekan Air Kuning Selatan di sini, baru-baru ini.

Cerita Ngee Lan lagi, suasana perniagaan di situ agak menyedihkan berbanding sekitar tahun 70-an dan 80-an yang lebih maju dengan kehadiran pelanggan yang melalui kawasan ini dari Melaka ke Johor atau Pantai Timur.

“Sepatutnya makin lama satu tempat itu semakin maju tapi di sini tidak. Namun, saya tetap juga berniaga dan pembelinya pula terdiri daripada penduduk setempat yang masih setia membeli di kedai ini.

“Ikutkan kalau nak kira jualan memang tak berapa sangat tapi saya sayang tempat ini dan akan terus berniaga sampai bila-bila,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI