fbpx

Sembilan kes cacar monyet dilaporkan ketika ini – KKM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan sembilan kes jangkitan cacar monyet (mpox) di kesan dalam negara bagi tempoh Julai hingga November tahun ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kesemua kes berkenaan melibatkan lapan rakyat tempatan serta seorang warga asing.

Menurutnya, kes pertama dan kedua direkodkan di Kuala Lumpur pada Julai lalu, manakala kes ketiga dan keempat pula dikesan pada bulan lepas di Selangor.

Sementara itu katanya, bagi kes kelima pula dikesan di Sarawak pada 5 November lalu serta baki empat kes terbaharu juga di ibu negara.

“Kementerian sedang giat melakukan langkah kawalan dan pencegahan jangkitan mpox agar tidak merebak. Antaranya pemantauan di pintu masuk antarabangsa negara dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia bagi pengesanan awal terhadap pengembara yang bergejala.

“Bagi kemasukan pelajar asing ke institusi pendidikan tinggi terutama dari negara yang melaporkan kes mpox atau endemik mpox, mereka diminta melakukan pemantauan kendiri selama 21 hari dan perlu dapatkan rawatan sekiranya bergejala,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Sabri Azit (PN-Jerai) yang mahu kerajaan menyatakan langkah pencegahan bagi memastikan jangkitan cacar monyet yang dilaporkan telah wujud di Malaysia tidak menular seperti virus Covid-19.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI