fbpx

Ikan mendapat coraknya sama seperti basuh baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kajian terbaharu menjelaskan bahawa secara mudahnya ikan mendapat coraknya yang unik sama seperti konsep membasuh baju.

JURUTERA di University of Colorado Boulder, Amerika Syarikat menunjukkan bahawa proses fizikal yang membantu menghilangkan kotoran daripada pakaian boleh memainkan peranan dalam hal bagaimana ikan tropika mendapat jalur dan bintik berwarna-warni.

Menurut penyelidik sarjana di Jabatan Kejuruteraan Kimia dan Biologi, Benjamin Alessio, terdapat banyak soalan biologi tentang bagaimana organisma membentuk corak dan bentuk yang rumit apabila semuanya bermula dari rumpun sel.

“Kami menggunakan mekanisme fizikal dan kimia yang mudah untuk menerangkan fenomena biologi yang rumit.

“Ahli biologi sebelum ini telah menunjukkan bahawa banyak haiwan berevolusi untuk mempunyai corak pada badannya untuk menyamarkan diri atau menarik pasangan.

“Gen mengekod maklumat corak seperti warna bintik, corak bintang dan genetik sahaja bagaimanapun tidak menjelaskan di mana secara tepat bintik-bintik itu akan berkembang,” katanya.

Tambahnya, satu kajian terbaharu menunjukkan bahawa membilas pakaian rendaman sabun ke dalam air bersih menghilangkan kotoran lebih cepat berbanding bilas pakaian rendaman sabun ke dalam air sabun.

“Ini kerana apabila sabun meresap keluar dari fabrik ke dalam air dengan kepekatan sabun yang lebih rendah, pergerakan molekul sabun menarik keluar kotoran.

“Apabila pakaian bersabun dimasukkan ke dalam air sabun, kekurangan perbezaan kepekatan sabun menyebabkan kotoran kekal di tempatnya,” ujarnya.

Inilah juga yang terpakai pada haiwan dalam membentuk corak yang mana kepekatan genetik hasilkan jenis corak mengikut spesies.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI