fbpx

Konflik Palestin-Israel: 30 lagi tahanan Palestin dibebas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERAMAI 30 tahanan Palestin dibebaskan Israel tiba di Ramallah semalam. - Foto AFP

RAMALLAH, Tebing Barat – Tentera Israel membebaskan 30 penduduk Palestin semalam sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tahanan dengan tebusan Hamas ketika tempoh gencatan senjata dilanjutkan lagi, lapor agensi berita Anadolu.

Sebuah bas Palang Merah meninggalkan penjara Ofer di bandar Beitonia berhampiran Ramallah di Tebing Barat, dengan membawa 15 tahanan wanita dan 15 kanak-kanak, kata seorang wartawan agensi berita tersebut.

Pada awal semalam, Hamas menyiarkan nama-nama tahanan Palestin yang akan dibebaskan sebagai sebahagian daripada perjanjian pertukaran tawanan antara Israel dan kumpulan pejuang Palestin itu.

Senarai itu termasuk nama 15 kanak-kanak iaitu 12 dari Baitulmuqaddis dan tiga dari Tebing Barat. Selain itu, 15 tahanan wanita melibatkan lima dari Baitulmuqaddis serta 10 dari Tebing Barat.

Awal semalam, tentera Israel melaporkan mengenai ketibaan 12 tebusan dari Semenanjung Gaza termasuk 10 penduduk Israel dan dua warga Thailand.

Mereka merupakan kumpulan kelima tahanan yang dibebaskan kedua-dua pihak.

Lewat kelmarin, Qatar mengumumkan perjanjian untuk melanjutkan gencatan senjata kemanusiaan selama dua hari lagi di mana pertukaran tahanan selanjutnya akan dilakukan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI