fbpx

[VIDEO] Agong, Putera Monaco berhenti tepi jalan bagi duit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Abdullah dan Putera Albert II bertindak menuruni kenderaan rasmi bagi menyantuni pelajar-pelajar SK Bolok, Lanchang, Pahang, hari ini.

PETALING JAYA – Tindakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Putera Monaco, Putera Albert II berhenti di tepi jalan dan memberi wang kepada sekumpulan pelajar sekolah menceriakan golongan itu.

Menerusi perkongsian di Instagram Istana Negara hari ini, Sultan Abdullah dan Putera Albert II bertindak menuruni kenderaan rasmi bagi menyantuni pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Bolok, Lanchang, Pahang.

Menurut kenyataan sama, ketika itu Baginda bersama Putera Albert II baharu selesai lawatan ke Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Putera Albert II selamat tiba di Malaysia Ahad lalu bagi memulakan lawatan negara pertama selama empat hari.- KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI