fbpx

‘Tolong jangan libatkan kami. Terima kasih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar komen llaollao Malaysia mencuit hati orang ramai.

PETALING JAYA – Ramai terhibur dengan komen jenama yogurt beku (froyo) Eropah, llaollao Malaysia di laman TikTok isteri kedua pempengaruh, Aliff Teega.

“Tolong jangan libatkan kami. Terima kasih,” demikianlah komen usikan manja admin akaun TikTok llaollao tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik isteri kedua Aliff, Fatin Umaidah yang mempamerkan dirinya bersama suami (Aliff) sedang menjamu llaollao bersama-sama dengan kapsyen ‘Did we make it? (Adakah kita berjaya?)’.

Menerusi ciapan tangkap layar @Chapienat di laman X, dia mengaku dirinya yang jarang mengambil kisah hal sebegini turut terhibur.

“Aku jenis malas nak amik kisah tapi berdekah jugalah bila baca ni,” katanya.

Tambahan, rata-rata pengguna media sosial menyifatkan komen tersebut berbaur sarkastik.

“Sejak bila llao llao ni rajin melayan jugak ni, ingatkan pasaraya Mydin saja,” kata seorang pengguna.

“Ya Allah, siapalah pemasar jenama media sosial ini?” kata @ZeffrieZahin.

Tidak dinafikan, nama Aliff minggu ini sering disebut-sebut apabila dia bertindak mengumumkan dirinya kini sah beristeri dua. – KOSMO! ONLINE

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI