fbpx

Polis bantuan hak milik syarikat, tidak boleh disewakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aidi (tiga dari kanan) beramah mesra dengan sebahagian anggota polis bantuan yang menerima sijil penghargaan pada MAPA Kali Ke-34 di Hotel Grand Renai, Kota Bharu hari ini. FOTO ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran kepada individu atau syarikat supaya tidak mengambil kesempatan dengan menyewakan polis bantuan untuk tujuan menjaga aset atau harta mereka.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman, Datuk Seri Aidi Ismail berkata, polis bantuan yang dilantik adalah untuk menampung keperluan bagi menjaga keselamatan aset hak milik syarikat yang mengemukakan permohonan sahaja

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil termasuk membatalkan sijil pelantikan polis bantuan sekiranya didapati ada pihak menyediakan perkhidmatan menyewa polis bantuan kepada syarikat lain.

“Polis bantuan telah dilatih selama dua bulan di Pusat Latihan Polis di seluruh negara untuk berkhidmat dengan syarikat yang memohon.

“Jadi, jika ada syarikat atau agensi yang tidak memohon, tetapi cuba menyewa polis bantuan untuk menjadi pengawal dan sebagainya, ia tidak dibenarkan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mereka,” katanya katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan Tahunan Persatuan Polis Bantuan Malaysia (MAPA) Kali Ke-34 di Hotel Grand Renai, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Aidi memberitahu, sehingga kini, seramai 27,000 polis bantuan dilantik di seluruh negara dan angka berkurangan daripada 60,000 perjawatan yang diluluskan secara keseluruhannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI