fbpx

Menteri Pertahanan ke Vietnam bincang isu perairan, keselamatan makanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad menyampaikan sumbangan zakat PPK Rembau.- Foto NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Malaysia dan Vietnam bakal mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan berbincang mengenai isu perairan dan juga jaminan keselamatan makanan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu merupakan intipati utama lawatan beliau ke negara tersebut bermula Ahad ini.

Malah menurut beliau, satu memoradum persefahaman (MOU) berkaitan keselamatan pertahanan akan dimeterai hasil dari pertemuan lanjut dengan rakan sejawat beliau tersebut.

“Pada petangnya saya akan berjumpa Perdana Menteri Vietnam berbincang dagangan dua hala, jaminan makanan kerana kita membeli banyak bekalan beras dari negara Vietnam.

“Sebelum ini negara India buat keputusan tak jual beras ke negara luar, kelam kabut kita beli beras import dengan harga melambung tinggi. Ini yang nak kita bincangkan nanti (keterjaminan makanan beras),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena Majlis Perasmian Juala Agro Madani dan Hari Bertemu Pelanggan Pertubuhan Peladang Kawasan Rembau di Dewan Agora Rembau, di sini, hari ini.

Menjelas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, perkara lain yang dibincangkan juga membabitkan keselamatan sempadan nelayan dan pencerobohan penangkapan ikan di Laut China Selatan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI