fbpx

Mangsa banjir Terengganu tinggal 34 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua penduduk meredah banjir di Surau Panjang, Kuala Terengganu beberapa hari lalu.

KEMAMAN – Banjir di Terengganu semakin pulih hari ini dengan hanya 34 mangsa daripada lapan keluarga masih terjejas.

Mereka berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Kuala Terengganu dan Setiu.

Dungun pula telah sepenuhnya pulih daripada banjir dengan enam mangsa daripada dua keluarga yang sebelum ini berlindung di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, Kuala Terengganu masih mempunyai 25 mangsa daripada enam keluarga yang ditempatkan di PPS SK Atas Tol.

“Seramai sembilan mangsa daripada dua keluarga pula masih berada di PPS SK Rhu Sepuluh, Setiu.

“Mereka masih belum boleh dibenarkan pulang kerana air masih bertakung di kawasan perumahan mereka,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI