fbpx

Camarda pemain termuda beraksi di Serie A

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAMARDA (kiri) turun membantu Milan ketika mereka mencatat kemenangan ke atas Fiorentina awal pagi semalam. - AFP

MILAN – Jurulatih AC Milan, Stefano Pioli percaya ‘wonderkid’ pasukan itu, Francesco Camarda mempunyai masa depan yang cerah selepas muncul pemain termuda dalam sejarah Serie A pada usia 15 tahun 260 hari.

Penyerang itu menempa rekod tersebut selepas dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Luka Jovic pada minit ke-83 dalam kemenangan 1-0 ke atas Fiorentina di Stadium San Siro kelmarin.

“Apabila anda melihat Camarda, anda seperti tidak dapat mengagak umurnya kerana dia begitu tenang walaupun ini penampilan pertamanya dalam aksi Serie A.

“Kami akan cuba memberikan keseimbangan yang sesuai dengan umurnya supaya ia tidak menjejaskan tahap perkembangannya selepas ini,” kata Pioli.

Rekod pemain termuda beraksi di Serie A sebelum ini dipegang oleh Wisdom Amey dari Bologna yang membuat penampilan pada 2021 ketika berusia 15 tahun 274 hari.

Camara yang mewakili skuad bawah 15 tahun (B15), B16 dan B17 Itali, diserapkan ke pasukan utama Milan disebabkan Olivier Giroud menjalani penggantungan, manakala Noah Okafor pula mengalami kecederaan.

Dia sebelum ini membuat debut dalam saingan Liga Remaja UEFA bersama Rossoneri dengan meledak dua gol ketika menentang Newcastle United pada September lalu.

Sebagai rekod, Milan ketika ini kekal di tangga ketiga, dua mata ke atas pasukan di tempat keempat, Napoli yang mencatat kemenangan pertama di bawah pengendali baharu, Walter Mazzarri menewaskan Atalanta 2-1 awal pagi semalam. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI