fbpx

Akses rakyat Malaysia kepada internet masih rendah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kadar akses internet di negara ini masih rendah meskipun pelbagai kemudahan telekomunikasi disediakan oleh kerajaan. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sebanyak 76 peratus daripada penduduk di negara ini terdiri daripada pengguna mudah alih tetapi hanya 66 peratus daripada kumpulan tersebut memiliki akses ke internet, demikian menurut penemuan dalam kertas putih yang dibangunkan oleh EdgePoint Infrastructure (EdgePoint), sebuah syarikat telekomunikasi dan infrastruktur bebas.

Kertas putih itu  turut mendapati, meskipun ketersambungan telah berkembang dengan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tetapi sebanyak 56 peratus daripada penduduk Indonesia memiliki peranti mudah alih, tetapi hanya 47 peratus mempunyai akses internet. 

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas EdgePoint Infrastructure, Suresh Sidhu berkata, bagi Filipina pula, sebanyak 54 peratus adalah pengguna peranti mudah alih tetapi hanya 42 peratus mempunyai akses ke internet. 

“Ini menunjukkan bahawa masih terdapat jurang yang ketara dan ia penting  untuk pihak industri meluaskan ketersambungan ke kawasan-kawasan yang tidak mempunyai liputan.

“Penemuan daripada kertas putih juga mendedahkan peratusan penduduk tanpa liputan 4G di beberapa negara, termasuk Filipina adalah sebanyak lima peratus, Indonesia (lima peratus) manakala Malaysia (tiga peratus). 

“Di samping itu, negara-negara ini mempunyai nisbah penduduk yang sangat tinggi bagi setiap menara telekomunikasi, jauh melebihi norma negara maju. Ini menunjukkan bahawa terdapat juga kemungkinan sebahagian populasi kurang diberi perkhidmatan,” katanya dalam kenyataan bersempena pengumuman mengenai kertas putih tersebut di sini semalam.

Kertas putih tersebut bertajuk An Infrastructure-Based Approach to Advance Digital Equity in South East Asia.

Dalam kertas tersebut dinyatakan beberapa faktor yang menyumbang kepada ketersambungan yang lemah, antaranya adalah liputan 4G yang tipis di luar pusat-pusat populasi utama dan ketiadaan infrastruktur untuk sambungan terakhir seperti backhaul.

“Isu-isu ini akhirnya akan membawa kepada tahap penggunaan internet mudah alih yang rendah, dan akan menghalang pertumbuhan ekonomi negara,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI