fbpx

73,514 kes pembahagian pusaka selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Nazmi ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

KUALA LUMPUR – Sehingga 31 Oktober lalu, sebanyak 73,514 kes atau hampir separuh daripada kes pembahagian harta pusaka termasuk tunggakan dari tahun sebelumnya sudah diselesaikan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, menurut data semasa Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan (JKPTG), pihaknya telah menyelesaikan 73,514 daripada 149,111 kes pembahagian pusaka.

“Tunggakan kes penyelesaian pusaka adalah 72,348 pada 2021 kemudian bertambah kepada 151,139 tahun berikutnya, namun sebanyak 63,293 sudah diselesaikan pada 2022 iaitu mewakili 41.8 peratus.

“Bagi mempercepatkan proses penyelesaian pusaka terdapat 95 kakitangan iaitu 49 pegawai bergred N41 dan 46 pegawai daripada kumpulan sokongan jawatan pembantu tadbir bergred N19 diambil secara kontrak untuk membantu proses pembahagian pusaka dan ternyata membuah hasil apabila pada 31 Oktober lalu, sebanyak kes 73,514 kes permohonan pusaka diselesaikan daripada jumlah keseluruhannya iaitu 149,111,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Abdul Latiff Abdul Rahman (PN-Kuala Krai) yang ingin tahu mengenai jumlah kes tunggakan dan semasa bagi permohonan penyelesaian pusaka yang direkodkan JKPTG ketika ini.

Katanya, pindaan yang dilakukan terhadap Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 (Akta 98) merupakan salah satu faktor mendorong peningkatan jumlah permohonan.

Melalui akta tersebut, had nilai pengurusan pusaka oleh JKPTG diperluas daripada RM2 juta kepada RM5 juta dan turut merangkumi aset alih dan aset tidak alih. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI