fbpx

‘Yang Berhormat ingat saya kayu kat sini?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ramli (kiri) menegur Zhemin (kanan) di Dewan Rakyat, hari ini.

PETALING JAYA – “Yang Berhormat ingat saya kayu ke kat sini,” demikian teguran Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Noor dengan nada tegas kepada Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Ramli berkali-kali menyebut ‘Yang Berhormat’ dan kemudian bertindak menutup mikrofon selepas Zhemin tetap meneruskan kenyataan panjang lebar, biarpun beliau telah meminta Ahli Parlimen tersebut menyatakan usul sahaja.

“Yang Berhomat tak perlu bahaskan. Berapa kali saya cakap tadi, saya minta Yang Berhormat nyatakan usul dan saya akan semak.

“Tak perlulah panjang-panjang, usul Yang Berhormat itu untuk makluman… usul Kampar itu dalam pertimbangan Tan Sri Speaker,” tegasnya hari ini.

Bagaimanapun, Zhemin masih berdiri mahu meneruskan kenyataannya, namun Ramli menegur lagi dan minta beliau duduk.

“Yang Berhomat ini bukan sesi (untuk) saya beri ruang anda berbahas, duduk…terima kasih Yang Berhomat Kampar,” katanya.

Terdahulu, Zhemin memohon untuk memberi ruang kepadanya bagi menjelaskan ‘standing order’ (peraturan majlis mesyuarat) selain memetik sidang pada 20 November lalu mengenai Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang telah mengatakan dalam hansard berhubung isu ventilator.

Zhemin juga memohon satu minit untuk menjelaskannya, namun Ramli menegaskan ia tidak boleh dibahaskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI