fbpx

Suami Aisyah Hijanah nikah lagi satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif dan Aisyah

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial, Alif Teega mendedahkan sudah berkahwin dua baru-baru ini.

Alif dalam satu hantaran di Instagramnya berkata, dia berkongsi berita berkenaan bagi mengelak sebarang fitnah sekali gus menjawab teka-teki mengenai khabar angin berkaitan rumah tangganya.

Suami kepada pempengaruh yang dikenali sebagai Aisyah Hijanah itu bagaimanapun tidak berkongsi wajah isteri keduanya di dalam hantaran berkenaan.

“Mungkin selama ini ada yang terdengar atau memang tahu berita mengenai saya sudah bernikah. Baik Alhamdulillah berita itu adalah benar. Saya sudah pun bernikah.

“Saya harap tidak dipanjangkan lagi isu ni. Terima kasih kepada isteri (pertama) saya, Aisyah Hijanah kerana bersabar dengan apa yang berlaku serta tabah dan kuat berada di sisi menemani saya walaupun saya tahu perit bagi mana-mana wanita untuk menerima hakikat ini,” katanya.

Alif berkata, dia sedar perkahwinan keduanya itu bukan satu hal yang mudah bagi isteri pertamanya bagaimanapun, dia memohon agar orang ramai mendoakan hubungan mereka berkekalan.

Sementara itu, Aisyah dalam satu hantaran di Instagramnya juga mendoakan kebahagian buat suaminya itu dan berharap agar orang ramai tidak bercakap buruk mengenai perkahwinan mereka.

Pasangan berkenaan yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dikurniakan dua cahaya mata dan Aisyah kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Terdahulu, Aisyah sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila mendedahkan rumah tangganya sedang diganggu pihak ketiga yang juga merupakan pekerjanya sendiri.

Susulan berita pernikahan kedua itu juga, tular sekeping gambar memaparkan individu dikatakan mirip Alif melangsungkan pernikahan di Songkhla, Thailand.

Bagaimanapun, sehingga kini tiada pengesahan daripada pasangan terbabit mengenai gambar berkenaan.

Aisyah Hijanah yang mempunyai pengikut seramai 1.2 juta di Instagram dan hampir 1 juta di TikTok terkenal dengan kandungan berunsur informasi agama dan motivasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI