fbpx

‘Rosmariza, tolonglah serahkan dokumen Nur Ain…’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosni bersama anak angkatnya, Nur Ain Batrisa ketika ditemui di Parit Sulong, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Seorang wanita meminta ibu kepada anak ­angkatnya supaya tampil menyerahkan segala dokumen penting berkaitan kelahiran kanak-kanak itu agar memudahkan proses mendapatkan mykad untuk kemasukan ke sekolah menengah tahun depan.

Rosni Lizam Ramli, 48, berkata, anak angkatnya, Nur Ain Batrisa Abdullah, 12, dilahirkan pada 19 November 2011 di Kampung Sri Lalang di sini.

Katanya, Nur Ain Batrisa hanya sempat merasai belaian kasih sayang ibunya selama empat tahun sebelum diserahkan kepada sebuah keluarga di Parit Sulong di sini untuk ­kelangsungan hidup.

“Kanak-kanak itu diserahkan bersama mykid tanpa sebarang dokumen rasmi dan surat daftar kelahiran menyebabkannya berdepan kesukaran untuk mendapatkan mykad untuk mendaftarkan diri ke sekolah menengah 2024.

“Sebelum itu kanak-kanak itu tinggal bersama ibunya, Rosmariza Mohammad Ali, 41, selama empat tahun sebelum diserahkan kepada datuknya, Wahab Ibrahim di Felda Tenggaroh 3, Mersing,” katanya.

Menurut Rosni Lizam, setahun selepas itu, datuknya menyerahkan kanak-kanak itu kepadanya pada April 2017 ketika kami menetap di Felda Nitar Timur, Mersing.

Bagaimanapun, tambahnya, tiada sebarang surat rasmi termasuk borang pengangkatan sah daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Enam tahun saya berusaha mencarinya tetapi gagal dan keluarganya pun tidak tahu dia ada di mana,” katanya.

Sehubungan itu, Rosni Lizam meminta orang ramai yang mengetahui di mana Rosmariza berada supaya menghubungi­nya di talian 017-277 5404 bagi membantunya mendapatkan dokumen berkaitan.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI