fbpx

FAM yakin padang SNBJ ‘pulih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERMUKAAN padang SNBJ dikatakan menghadapi masalah apabila rumput Zeon Zoysia bertukar kuning selepas konsert Coldplay Rabu lalu.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh keyakinan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memiliki pendekatan tersendiri untuk memastikan final Piala Malaysia antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) 8 Disember ini dapat dilangsungkan dengan lancar.

Naib Presiden FAM, Mohd. Firdaus Mohamed, berkata adalah lebih baik untuk semua pihak memberikan ruang kepada pihak berwajib untuk melakukan tambah baik kualiti padang di venue berkenaan.

“Saya yakin terhadap Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan saya rasa satu langkah drastik sudah pun dibuat. Ini pandangan peribadi, saya rasa mereka (PSM) ada formula untuk pastikan padang berada dalam keadaan baik,” katanya pada Majlis Pelancaran Laman Sesawang dan Media Sosial PBMM, kelmarin.

Sejurus tamat konsert Coldplay, Rabu lalu, kualiti padang di ‘Rumah Harimau Malaya’ itu sekali lagi menjadi isu perdebatan selepas rumput rumput jenis Zeon Zoysia di venue itu bertukar menjadi kuning.

Keadaan itu pastinya menimbulkan keresahan buat peminat bola sepak tempatan khususnya untuk melihat final Piala Malaysia dapat dilangsungkan dengan lancar tanpa berlaku masalah kualiti padang seperti yang terjadi ketika aksi Pestabola Merdeka, bulan lalu.

Bagaimanapun, Hannah sebelum ini sudah beri jaminan yang Stadium Nasional Bukit Jalil akan berada pada keadaan bersedia untuk menjadi tuan rumah kepada final Piala Malaysia.

“Jangan risau PSM akan pastikan perlawanan bola sepak nanti akan tersedia dalam keadaan padang yang elok. Tiada kos baik pulih kerana ada tapak semaian rumput Zeon Zoysia yang ditanam berdekatan stadium.

“Kita boleh baik pulih rumput yang rosak dalam tempoh singkat kerana kontraktor hanya perlu gantikan dalam masa 72 jam dan ketika ini kerja-kerja merawat rumput giat dilaksanakan,” jelas Hannah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI