fbpx

Dewan Rakyat: KKD teliti cadangan wujudkan Akta Anti Buli Siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mengkaji kewajaran mewujudkan Akta Anti Buli Siber dalam menangani gejala buli siber di negara ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, beliau menerima cadangan mewujudkan Akta Anti Buli Siber kerana gejala buli siber bukan sesuatu yang perkara remah.

“Saya amat setuju buli siber khususnya dalam kalangan remaja bukan isu yang remeh dan boleh di pandang ringan. Saya terima cadangan bahawa satu akta khusus mungkin boleh diwujudkan untuk buli siber.

“Saya akan bawa balik cadangan tersebut (ke kementerian) untuk berbincang dengan pemegang taruh yang lain tengok mana satu kementerian lebih sesuai membawa akta tersebut,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Cadangan itu dikemukakan oleh Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) semasa sesi soal jawab lisan.

Terdahulu, Mas Ermieyati dalam soalan tambahan beliau berkata, Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) melaporkan Malaysia dalam kedudukan keenam di dunia dalam buli siber.

Justeru, beliau mahu tahu adakah kerajaan akan mewujudkan Akta Anti Buli Siber bagi menangani kes buli siber yang semakin membimbangkan secara lebih berkesan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI