fbpx

Bomba merangkak 10 jam cari Danish

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengusung jasad Muhammad Danish yang ditemui terapung di dalam longkang di Taman Bukit Baru, Melaka semalam.

MELAKA – Sepasang suami isteri yang menyertai gerakan mencari Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, tidak menyangka apabila menemui jasad kanak-kanak itu selepas 40 minit menyusuri longkang di sepanjang kawasan tumpuan di Bukit Baru hingga ke Taman Desa Baru di sini.

Mohd. Arif Zulkifli, 35, berkata, dia dan isterinya, Nur Hidayah Yahya, 32, yang menetap di Permatang Duyong keluar mencari mangsa kira-kira pukul 8.40 pagi.

“Sebaik dimaklumkan oleh isteri ada budak jatuh longkang, kami terus keluar mencari. Kami periksa setiap saliran hingga ke longkang besar tiba-tiba nampak mayat itu terapung dan bergerak perlahan mengikut arus.

“Saya kemudian mendapatkan bantuan penduduk untuk menolak mayat mangsa ke tepi dan menahannya dengan tangga. Meskipun kami belum ada anak, tetapi perasaan simpati dan kasih begitu mendalam apatah lagi dia baru berusia dua tahun,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya merangkak lebih 10 jam untuk mencari mangsa.

“Seramai 10 anggota melakukan mencari dengan bantuan polis dan penduduk. Kami terima panggilan beberapa jam selepas dia hilang.

“Kami kemudian terima maklumat penduduk jumpa satu objek dalam longkang di Taman Desa Baru dan apabila pergi, ia merupakan mayat kanak-kanak itu. Ada kesan luka pada kepala­nya,” katanya.

Menurut ZUlkhairani, sepanjang operasi, pihaknya berdepan dengan cabaran untuk ­mengakses longkang yang agak sempit dan kedalaman air hujan pada paras kira-kira satu meter.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI