fbpx

[KEMASKINI] Jasad Danish ditemui di dalam longkang besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN bomba mengangkat mayat Danish yang ditemui di dalam longkang besar di Taman Desa Baru, Melaka, pukul 9.30 pagi tadi.

MELAKA – Mayat, Muhammad Danish Mohd. Faizal, 2, yang disyaki terjatuh ke dalam longkang dan dihanyutkan arus deras hujan dalam kejadian di Taman Goodwood, Bukit Palah, di sini, ditemui pada pukul 9.30 pagi tadi.

Mangsa ditemui di dalam longkang besar di Taman Desa Baru berhampiran Hospital Melaka oleh orang awam.

Jasad mangsa telah dibawa naik oleh pasukan bomba dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI