fbpx

Alif Satar diusik harapan tunggal negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alif Aziz meraih pujian ramai kerana kekal bebas kontroversi murahan berbanding 'Alif-Alif' yang lain.

PETALING JAYA – “Alif yang ini (Alif Satar) sahaja yang tiada masalah. Alif lain semua bermasalah.”

Demikian antara komen netizen yang mengharapkan selebriti serba boleh Alif Satar sebagai satu-satunya lelaki bernama Alif bebas kontroversi murahan termasuk tidak sesekali menduakan permaisuri hatinya.

Selain itu, penceramah bebas Datuk Fadzilah Kamsah turut ‘menyertai’ netizen memuji pelakon dan penyanyi itu seperti apa yang dilontarkan pengguna media sosial lain.

“Dalam banyak-banyak Alif, Alif Satar sahaja yang saya kenal. Suara sedap, suka kongsi hal kecergasan dan ada asas agama yang mantap,” kata Fadzilah.

“Alif Satar sibuk ajak subuh di masjid, bukan ajak bina masalah,” ujar netizen lagi.

“Selebriti bernama Alif paling positif di Malaysia. Gosip pun tidak pernah ada,” komen peminat.

Nama Alif mula menjadi bualan apabila pempengaruh media sosial, Alif Teega mula menjadi bualan netizen sejak semalam apabila membuat pengakuan berpoligami atau berkahwin dua.

Dalam masa sama, isteri pertamanya iaitu Aisyah Hijanah meredai perkahwinan kedua suaminya dan turut mendoakan kebahagiaan mereka.

Ini bukan kali pertama nama Alif Satar dikaitkan dengan isu semasa. Sebelum ini, dia turut terpalit dalam konflik yang melibatkan orang lain seperti Aliff Aziz dan Datuk Aliff Syukri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI