fbpx

Pesakit minta ambulans tunggu 30 minit untuk mandi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam Kebangsaan mengadakan demonstrasi menggesa tindakan terhadap paramedik itu digugurkan. - Sanook

SEOUL – Seorang lelaki di Korea Selatan menerima kritikan ramai selepas menghubungi ambulans, namun meminta paramedik menunggunya selama 30 minit agar dia boleh mandi sebelum ke hospital, lapor laman berita Thaiger. 

Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam Kebangsaan melaporkan bahawa seorang lelaki telah menghubungi perkhidmatan ambulans kerana mengalami demam dan hidung berair pada 7 Ogos lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu meminta agar mereka tiba ke rumahnya selepas 30 minit panggilan dibuat kerana mahu mandi terlebih dahulu.

Sebagai tindak balas, seorang paramedik berusia dalam lingkungan 30-an dengan pengalaman tujuh tahun dihantar bersendirian menaiki ambulans ke kediaman lelaki itu. 

Apabila tiba di kediaman tersebut, paramedik terpaksa menunggu lebih lama kerana pesakit tersebut masih mandi. Anggota paramedik juga terpaksa menunggu selama sembilan minit lagi sebelum meninggalkan rumah itu.

Dalam perjalanan, paramedik berkenaan memberi amaran kepada lelaki tersebut supaya tidak menyalahgunakan perkhidmatan ambulans kerana boleh melambatkan bantuan kepada pesakit lain.

Tanpa diduga, lelaki itu membuat aduan kepada jabatan kecemasan tersebut dengan mendakwa bahawa paramedik berkenaan bersikap tidak mesra dan membuatkan dia berasa malu.

Kakitangan paramedik itu kemudian diberi amaran pada 28 Ogos lalu dan tidak dibenarkan menerima anugerah kerja selama setahun.

Susulan kejadian itu, kesatuan pekerja menjalankan demonstrasi di luar Dewan Bandaraya Incheon pada 20 November lalu supaya tindakan tatatertib terhadap paramedik itu digugurkan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI