fbpx

Haneesya Hanee ‘terpaling’ Palestin?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANEESYA HANEE

SUSAH betul nak puaskan hati netizen. Ada sahaja perkara yang dilakukan seseorang selebriti tidak kena pada mata mereka.

Contohnya seperti yang dilakukan oleh pelakon dan model jelita, Haneesya Hanee. Seperti semua sedia maklum Haneesya memang agak lantang memperjuangkan nasib rakyat Palestin dalam Instagram miliknya.

Bahkan, selebriti itu juga turut turun padang untuk berkempen menentang kekejaman Israel terhadap tanah Palestin.

Namun, ada juga cakap-cakap netizen yang kurang senang melihat perjuangan Haneesya. Mungkin disebabkan oleh penampilannya yang dilihat agak seksi, tidak sesuai untuk dia ‘bersuara’.

Dalam Instagram, ada seorang netizen meninggalkan komen seolah-olah memerli Haneesya, kononnya dialah yang ‘terpaling’ Palestin sewaktu pelakon itu diundang dalam sebuah program.

Tidak mendiamkan diri, Haneesya membalas komen tersebut dengan mengiyakan pendapat netizen tersebut.

“Memang pun,” balas Haneesya.

Busuk betul hati manusia. Buat baik salah, buat jahat lagilah salah. Untuk Haneesya, ramai lagi yang menyokong perbuatan awak kerana berani bersuara.

Abaikan cakap-cakap jahat netizen okey.

DIVA: Mimi Lana dan Syafiq Kyle masih lagi bersama atau tidak sebenarnya? Tuan badan sahaja tahu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI