fbpx

Banjir: Mangsa di Kelantan meningkat kepada 608 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang memindahkan barangan selepas rumahnya dinaiki air hari ini. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan peningkatan kepada 608 orang susulan hujan berterusan melanda kebanyakan kawasan sepanjang hari ini.

Angka itu meningkat daripada 459 orang mangsa pada pukul 8 pagi tadi.

Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, seramai 608 mangsa itu terdiri daripada 167 keluarga setakat pukul 4 petang ini.

Menurutnya, kesemua keluarga itu berlindung di tiga buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Bachok.

“Dua buah PPS di Bachok iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jelawat menempatkan seramai 420 orang mangsa.

“PPS SK Tok Deh di Pasir Mas pula menempatkan seramai 188 mangsa daripada 62 buah keluarga,” katanya.

Menurutnya, semua sungai-sungai utama di negeri ini menunjukkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Kuala Jambu yang melepasi paras bahaya dan Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan tahap amaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI