fbpx

Baik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil tidak libatkan sebarang kos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANNA melihat seorang kanak-kanak istimewa menguji tahap penglihatan pada Programme for Train-the-Trainee for Clinical Directors and Helathy Athletes. - Foto oleh AMRAN MULUP / KOSMO!

MELAKA – Pembaikan permukaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang rosak sewaktu konsert Kumpulan Coldplay pada Rabu lalu tidak melibatkan sebarang kos.

Menteri Belia dan Sukan, Hanna Yeoh berkata, syarikat yang menanam rumput jenis Zeon Zoysia turut menyediakan tapak semaian rumput jenis sama untuk digantikan apabila ada yang rosak.

Menurutnya, kerja-kerja menampal rumput yang rosak kini giat dijalankan oleh pihak kontraktor sejurus tamat konsert kumpulan rock British itu.

“Jangan risau Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akan pastikan perlawanan bola sepak nanti akan tersedia dalam keadaan padang yang elok. Tiada kos baik pulih kerana ada tapak semaian rumput Zeon Zoysia yang ditanam berdekatan stadium.

“Memang penggunaan rumput itu datang bersama tapak semaian dua perlawanan bola sepak terakhir rumput yang rosak kita tukar yang lain,” katanya ketika ditemui pada Programme for Train-the-Trainee for Clinical Directors and Helathy Athletes di sini hari ini.

Rabu lalu, kira-kira 85,000 peminat muzik membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bersempena konsert Coldplay menyebabkan sebahagian padang dikatakan rosak.

Permukaan padang stadium menjadi ‘buah mulut’ orang ramai susulan keadaan yang tidak memuaskan ketika aksi pembukaan Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan India, bulan lalu.

Hanna berkata, orang ramai yang memberikan komen berhubung kerosakan padang terbabit tidak mengetahui wujudnya tapak semaian rumput Zeon Zoysia.

“Kita boleh baik pulih rumput yang rosak dalam tempoh singkat kerana kontraktor hanya perlu gantikan dalam masa 72 jam dan ketika ini kerja-kerja merawat rumput giat dilaksanakan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI