fbpx

Larian Gemas Warriors Challenge 2023 sasar 500 peserta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

TAMPIN – Kira-kira 500 peserta sukan lasak larian berhalangan disasarkan menyertai Gemas Warrior Challenge 2023 di Gemas Golf Resort pada 17 Disember depan.

Kejohanan julung kalinya anjuran Majlis Daerah Tampin (MDT) dengan kerjasama Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan (LPNS) itu bertujuan mempromosi sukan lasak tersebut dan menarik lebih ramai pelancong ke negeri ini khususnya di Gemas.

Setiausaha MDT, Zulhilmi Marzuki berkata, peserta perlu melalui pelbagai halangan termasuk meredah cabaran berbukit, persekitaran kelapa sawit, memanjat bukit selain menempuh halangan serta berlari sejauh 7 kilometer.

Katanya, peserta juga perlu melintasi kawasan golf sebelum tiba ke garisan penamat di Gemas Golf Resort.

“Gemas ini cukup dengan pakej pelancongan. Ada penginapan, lokasi bersejarah, tempat riadah, tempat makan, kebudayaan dan warisan yang menjadikannya antara destinasi pelancongan utama di Tampin,” katanya selepas mesyuarat membincangkan produk dan pelancongan Daerah Tampin.

Zulhilmi berkata, acara berkenaan terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Lelaki dan Wanita melibatkan jarak larian 7 km selain pelbagai halangan bakal ditempuhi peserta.

Setiap kategori menawarkan hadiah iaitu tempat pertama (RM500), kedua (RM400), ketiga (RM300), keempat (RM300) dan kelima (RM100) berserta hadiah iringan.

Katanya, dengan yuran penyertaan hanya RM40, peserta layak menerima baju larian, pingat dan cabutan bertuah, manakala peserta hendaklah berusia 15 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman https://www.facebook.com/gemaswarriorschallenge. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI