fbpx

Laporan Ketua Audit Negara dedah masih ada kebocoran dana awam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD bersalaman dengan orang ramai pada program Kesedaran Kesihatan Jantung Komuniti Benut, di Dewan Muafakat Sg. Pinggan Benut, di Pontian, hari ini. - Foto oleh MUHAMMAD ZIKRI / KOSMO!

PONTIAN – Kementerian Kewangan kesal dengan ‘ kehilangan’ RM681.71 juta wang awam sebagaimana Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2022 yang dibentangkan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ‘kehilangan’ tersebut merugikan rakyat yang menaruh harapan supaya projek-projek tersebut dapat dilaksanakan mengikut perancangan setiap kementerian.

Katanya, masalah kebocoran dan ‘ketirisan’ yang dilaporkan berlaku oleh LKAN pada setiap tahun menimbulkan banyak persoalan kerana pegawai, kakitangan dan jabatan masih orang yang sama.

“Kalau ada perubahan pun melibatkan pertukaran Ketua Jabatan, namun organisasi tersebut masih mempunyai pengurusan dan fungsi yang sama, mengapa perkara seperti berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Kesihatan Kesedaran Jantung Komuniti Benut di Dewan Muafakat Sg. Pinggan Benut, di Pontian pagi ini.

Laporan itu memetik Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, ia melibatkan kegagalan pengurusan program padi yang berjumlah RM660.14 juta; pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta) dan pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (RM6.34 juta)

Terdahulu, laporan tersebut memetik Ketua Audit Negara Datuk Wan Suraya Wan Mohd. Radzi, ia melibatkan kegagalan pengurusan program padi yang berjumlah RM660.14 juta; pengurusan pembangunan hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi (RM14.33 juta) dan pengurusan dan kawal selia senjata api jabatan serta agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (RM6.34 juta)

Selain itu, kegagalan pengurusan program pemuliharaan kawasan perlindungan marin yang berjumlah RM0.49 juta; program galakan pelaburan bagi sektor perkilangan (RM0.29 juta) dan pengurusan program bandar selamat sebanyak RM0.12 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI