fbpx

Karnival Sukan Tadika Islam Perak peringkat negeri dianjurkan julung kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pelajar yang menyertai Karnival Sukan TIP bergambar dengan maskot Lala dari Kidzoona, Aeon Mall di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ipoh hari ini.

IPOH – Penganjuran Karnival Sukan Tadika Islam Perak (TIP) peringkat negeri buat julung kalinya berjaya menarik penyertaan 220 orang pelajar TIP dari seluruh Perak.

Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Noorazmalina Ahmad berkata, bagi karnival sukan edisi pertama itu, sebanyak tiga acara dipertandingkan iaitu memanah, bola jaring serta futsal.

“Salah satu sebab kita memilih memanah sebagai acara dipertandingkan kali ini adalah kerana ia merupakan sunah baginda Rasulullah SAW. Dua lagi acara pula popular dalam kalangan masyarakat, jadi ia dipilih untuk karnival ini.

“Daripada 15 buah daerah di negeri ini, ada antaranya bergabung untuk bertanding. Daerah yang menyertai ialah Perak Tengah, Manjung, Tapah, Batu Gajah, Teluk Intan, Gerik, Kerian, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selama serta Ipoh,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Karnival Sukan TIP peringkat negeri tersebut telah dirasmikan oleh Yang di-Pertua Dewan Negeri Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penganjuran karnival tersebut bermatlamat untuk menyemai pembudayaan bersukan dalam kalangan murid tadika serta menjalani budaya hidup sihat.

“Selain itu, Karnival Sukan TIP ini juga dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan bersukan bagi mewujudkan murid yang cergas dan aktif serta meningkatkan pengetahuan sukan dalam kalangan mereka,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI