fbpx

‘Ini yang terakhir saya hadiri perhimpunan agung sebagai Presiden’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin pada Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/ KOSMO!

SHAH ALAM – “Saya berpegang kepada keputusan itu dan ini ‘notis’ awal saya sebelum bersara.”

Demikian kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas mengumumkan tidak mahu mempertahankan jawatan tersebut pada pemilihan parti tahun hadapan.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau sudah berfikitr panjang tentang keputusan berkenaan selepas lebih 50 tahun menceburi arena politik tanah air.

“Saya bukannya ‘resign’ (letak jawatan), namun tidak menawarkan diri untuk bertanding sebagai Presiden pada pemilihan parti nanti.

“Terima kasih kepada semua dan ini terakhir saya menghadiri perhimpunan agung sebagai Presiden,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2023 di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Muhyiddin memberitahu, Bersatu yang diasaskannya tidak boleh bergantung kepada beliau semata-mata memandangkan Bersatu mempunyai ramai tokoh yang perlu diberikan peluang untuk menerajui parti tersebut.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut memaklumkan berkemungkinan akan menyerahkan jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) pada satu peringkat kelak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI