fbpx

OKT mati mengejut dalam lokap Pengkalan Chepa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan berlaku satu kes kematian mengejut melibatkan orang kena tahan (OKT) dalam lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan, pada Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, OKT lelaki berusia 38 tahun ditempatkan sementara di dalam lokap tersebut dan selesai sebutan kes (jatuh hukum) pada Rabu, oleh Mahkamah Majistret Pengkalan Chepa.

Jelasnya, OKT menerima hukuman penjara dua tahun dari tarikh tangkap pada 5 Julai lalu atas kesalahan di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“OKT mengadu sakit kira-kira pukul 7.42 malam sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan.

“Hasil bedah siasat dijalankan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, semalam dan mendapati tiada sebarang kecederaan berunsurkan jenayah yang dikesan,”ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ujian pengesanan Covid-19 telah dibuat ke atas si mati dan berkeputusan negatif.

“Punca kematian masih belum disahkan dan diklasifikasikan sebagai pending sementara menunggu keputusan siasatan makmal.

“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI