fbpx

Buli MCKK: Tiada permohonan damai, tarik laporan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

IPOH – Tiada permohonan daripada mana-mana pihak untuk menarik balik laporan polis berkaitan kes buli melibatkan pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini, tiada usaha damai untuk menyelesaikan kes berkenaan secara baik.

“Kita tidak menerima usaha-usaha ke arah itu. Kedua-dua pihak pun, ibu bapa dan sekolah tidak ada yang berurusan atau berhubung dengan polis untuk menarik balik kes tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, kertas siasatan kes itu akan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) Isnin ini, selepas ia dikembalikan semula kepada polis untuk ditambah baik.

Katanya, laporan penuh perubatan mangsa dari Hospital Kuala Kangsar yang diterima hari ini, akan dihantar ke AGC bersama kertas siasatan berkenaan.

“Kita hanya menunggu laporan lengkap daripada Hospital Kuala Kangsar, itu sahaja. Kalau dah lengkap kita akan hantar semula kepada AGC untuk menerima arahan seterusnya, dituduh atau sebagainya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI