fbpx

Tiga laluan di KL dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan mula bergerak perlahan susulan berlaku banjir kilat di Jalan Cheras dari arah lampu isyarat Jalan Ikan Ayu menghala ke Shamelin, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Tiga lokasi di sekitar ibu negara dikesan dinaiki air banjir kilat ekoran hujan lebat yang bermula bermula petang tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, antara lokasi yang dikesan adalah di Jalan Cheras dari arah lampu isyarat Jalan Ikan Ayu menghala ke Shamelin.

“Seterusnya, kenaikan air turut berlaku di di Lebuhraya Timur- Barat bertentangan Taman Connaught menghala ke Tapak Tol Lama. Satu lorong masih boleh dilalui.

“Kejadian sama turut berlaku di Jalan Cheras, hadapan Eko Cheras Mall menghala ke Bulatan Billion,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Jelas kenyataan itu, pergerakkan kenderaan masih lancar dan orang awam dinasihatkan berhati-hati di jalan raya serta mematuhi arahan petugas trafik yang sedang bertugas.-KOSMO! ONLINE.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, & TikTok

TERKINI