fbpx

Mayat bayi dalam longgokan sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang bayi perempuan yang dibuang di tempat pembuangan sampah.

PADAWAN – Seorang wanita warga asing ditahan berhubung penemuan seorang bayi perempuan yang dibuang di tempat pembuangan sampah di MJC, di sini.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata suspek berusia 23 tahun yang disyaki ibu kepada bayi berkenaan ditahan kira-kira pukul 1.15 pagi, sejurus selepas penemuan bayi itu kira-kira pukul 9.50 malam tadi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Abang Zainal, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan bayi itu, yang sudah meninggal dunia daripada orang awam dan segera menggerakkan pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JPJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak serta Balai Polis Batu Kawa ke lokasi kejadian.

Katanya mayat bayi itu telah dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Umum Sarawak untuk tindakan lanjut.

Justeru, beliau meminta agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI