fbpx

Jumlah pesakit diabetes di Malaysia tertinggi di Asia Tenggara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hasil kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, sebanyak 50 peratus penduduk Malaysia menghidap sekurang-kurangnya satu penyakit tidak berjangkit (NCD) iaitu tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolesterol tinggi.

Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata, melalui dapatan tersebut juga mendapati, prevalens kencing manis di Malaysia adalah tertinggi di Asia Tenggara yang mana mencatatkan peningkatan ketara daripada 11.2 peratus pada 2011 kepada 18.3 peratus pada 2019.

“Kencing manis menyebabkan pelbagai komplikasi kepada penghidapnya. Seorang penghidap kencing manis berisiko untuk mendapat penyakit jantung, strok, kerosakan saraf, mata dan kegagalan buah pinggang.

“Laporan Registri Diabetik Kebangsaan (2020) mendapati 10.6 peratus pesakit diabetes menghidap kerosakan mata, 5.86 peratus menghidap penyakit jantung dan 1.79 peratus menghidap strok.

“Sebanyak 14.38 peratus mengalami gangguan fungsi buah pinggang. Laporan Pelan Strategi Mengurangkan Beban Penyakit Buah Pinggang Kronik mendapati 65 peratus daripada pesakit yang memerlukan rawatan dialisis, adalah dalam kalangan pesakit kencing manis,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching), yang mahu tahu berapa jumlah dibelanjakan untuk menangani NCD terutamanya diabetes dan perancangan untuk menangani prevalens NCD yang tinggi di Malaysia. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI