fbpx

Jangan alih, baiki tiang elektrik tumbang ketika banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Suruhanjaya Tenaga (ST) menyarankan orang ramai supaya mengambil langkah keselamatan berkaitan elektrik dan gas dalam kejadian banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) yang melanda negara sejak awal bulan ini.

Menurut kenyataan ST, antara langkah-langkah yang perlu dilakukan sebelum banjir, pengguna dinsihatkan untuk menyimpan kelengkapan elektrik di tempat tinggi.

“Selain itu, matikan bekalan utama di papan agihan elektrik, pepasang elektrik yang disambung berasingan seperti solar photovoltaic (PV) atau pagar elektrik termasuk injap silinder gas atau gas berpaip.

“Pengguna turut dilarang menghampiri pepasangan elektrik seperti pencawang dan bilik suis elektrik, selain tidak berada di lokasi talian elektrik terputus dan memegang tiang atau struktur yang menyalurkan elektrik.

“Jangan mengalih dan membaiki tiang elektrik tumbang atau talian elektrik putus. Jika ia berlaku, laporkan segera kepada utiliti elektrik,” katanya.

Tambahnya, bagi langkah-langkah keselamatan selepas banjir, pengguna disaran memastikan suis utama elektrik dan injap saluran gas berada dalam keadaan tertutup (posisi bawah) sebelum memulakan kerja pembersihan.

“Jangan guna kelengkapan elektrik atau gas yang diragui keselamatannya dan dapatkan khidmat kontraktor elektrik atau gas yang berdaftar,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI