fbpx

Cuaca buruk di Kulim, KL petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang hampir di seluruh negara, petang ini.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di Facebook memaklumkan, keadaan tersebut dijangka berlanjutan sehingga pukul 7 malam nanti.

“Di utara Semenanjung melibatkan negeri Kedah (Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim).

“Bagi negeri Pantai Timur pula tertumpu sekitar Kelantan (Gua Musang) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh),” lapor MetMalaysia.

Selain itu, MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat serta ribut petir dijangka melanda Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka.

“Cuaca buruk sama diramal melanda Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) dan Johor (Tangkak, Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).

“Di Sabah merangkumi sekitar Pedalaman (Tenom, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Ranau dan Kota Belud), Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat) pada petang ini,” jelas MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI