fbpx

9,000 guru baharu mula bertugas tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, lebih 9,000 guru baharu akan memulakan perkhidmatan di sekolah seluruh negara bagi sesi baru persekolahan tahun hadapan.

Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying berkata, jumlah perjawatan guru baharu itu telah diperolehi daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) dan mereka akan melapor diri untuk mengajar di sekolah-sekolah yang ditetapkan tahun hadapan.

“Kementerian sentiasa berusaha memastikan jumlah perjawatan guru ditambah mengikut keperluan sekolah berikutan masalah kekurangan guru dikenal pasti sebagai antara punca pertambahan beban tugas kepada guru sedia ada.

“Kekurangan guru paling signifikan adalah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Agama Islam dan Reka Bentuk Teknologi (RBT). KPM sentiasa berusaha memastikan jumlah guru ditambah dari semasa ke semasa,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Dr Mohammed Taufiq Johari (PH-Sungai Petani) yang ingin tahu sama ada masalah kekurangan guru termasuk ramai guru bersara awal menyebabkan beban tugas bertambah kepada guru yang sedang dalam perkhidmatan. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI