fbpx

502 projek IKR bernilai RM76.3 juta akan dilaksana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

KUALA LUMPUR – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan pihak kementerian telah memberi persetujuan bagi pelaksanaan 502 projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang melibatkan kos sebanyak RM76.3 juta.

Rafizi berkata jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 1,500 projek yang diluluskan secara prinsip oleh kementerian sejak IKR dilancarkan pada 20 Jun 2023 sehingga 22 November 2023.

“Kelulusan ini diberikan kepada pelbagai agensi pelaksana seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), pihak pembangunan koridor dan perbadanan kemajuan ekonomi negeri bagi tujuan pelaksanaan projek IKR.

“Setakat ini, sebanyak RM57.2 juta telah disalurkan bagi pelaksanaan projek tersebut di seluruh Malaysia dengan Sabah meraih peruntukan tertinggi sebanyak RM21.6 juta dan diikuti oleh Perak RM7.2 juta, Pahang RM6.5 juta, Sarawak RM5.8 juta dan Selangor RM5.3 juta.

“Sebanyak RM2.2 juta disalurkan kepada Kedah; Negeri Sembilan RM2 juta; Johor RM1.96 juta; Melaka RM1.1 juta; Terengganu RM1 juta; Kelantan RM750,000; Perlis RM670,000; Wilayah Persekutuan RM556,000 dan Pulau Pinang RM400,000,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu berkenaan jumlah perbelanjaan bagi IKR pada 2023 serta butiran perbelanjaan di peringkat negeri. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI