fbpx

Lelaki tukar cincin berlian RM1 juta dengan replika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cincin berlian asli (kiri) ditukar dengan replika (kanan)/ - Pasukan Polis Singapura

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 43 tahun ditahan selepas cuba menukar sebentuk cincin berlian berharga SGD$318,000 (RM1.11 juta) dengan sebuah replika di sebuah kedai di Marina Bay Sands.

Portal berita Asia One melaporkan, polis menerima laporan mengenai kes penipuan itu sekitar pukul 1.15 tengah hari (waktu tempatan), kelmarin.

Siasatan awal mendapati lelaki itu berpura-pura berminat untuk membeli cincin berlian tersebut di sebuah kedai barang kemas. 

Sambil memegang cincin dengan tangan kiri, dia mengalihkan perhatian pekerja kedai kepada barang kemas lain lalu menukarnya dengan sebuah replika menggunakan tangan kanan.

Kakitangan itu kemudian menyedari bahawa tanda harga pada cincin replika itu mempunyai tekstur yang berbeza dan memaklumkan kepada pegawai keselamatan.

Mereka kemudian menemui cincin berlian asli yang dicuri lelaki berkenaan sebelum dia ditahan oleh polis di lokasi kejadian. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI